PEMBUNUH UTAMA MALAYSIA, PENYAKIT JANTUNG

Apakah CT Angiografi (CTA)?

Penyakit jantung tetap menjadi penyebab utama kematian di dunia hari ini. Hal ini disebabkan oleh tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan masyarakat dunia bahawa penyakit jantung dapat dicegah dan dielakkan melalui pengesanan dan intervensi awal. Malangnya, kebanyakan kes penyakit jantung hanya dapat diketahui apabila berlakunya serangan jantung atau kematian mengejut.

Adakah anda berisiko tinggi menghidap penyakit jantung?
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko bagi menghidap penyakit jantung termasuk:
Terkawal
Tekanan darah tinggi
Tahap kolestrol tinggi
Kencing manis/ Paras gula darah tinggi
Merokok
Berat badan berlebihan/obesiti
Kekurangan aktiviti fizikal

Tidak terkawal
Genetik keluarga
Umur 40 tahun dan ke atas
Jantina (Lelaki)
Jangkitan

Sebelum penyakit jantung tersebut ditemui, pesakit biasanya mempunyai simptom tertentu seperti: 
Sakit dada
Kesukaran bernafas
Pening
Peluh sejuk
Muntah

Apakah CT Angiografi (CTA)?
CTA adalah prosedur yang tidak invasif untuk memvisualisasikan plak lembut dan deposit kalsium di Arteri Koronari secara gambar 3D dengan menggunakan Pengimbas CT terpantas di dunia (640-Hirisan). Ujian yang tidak menyakitkan dan tidak invasif ini menunjukkan penyumbatan dan penyempitan arteri yang meningkatkan risiko serangan jantung.

Bagaimana CTA memberi manfaat kepada kita?
CTA membantu doktor merawat penyakit jantung, ia dapat menentukan sama ada rawatan semasa berkesan atau tidak dan dalam beberapa kes, ia dapat mengelakkan pesakit daripada menjalani pemeriksaan yang lebih invasif. Data yang dikumpulkan daripada CTA dapat membantu pakar kardiologi untuk menentukan keperluan pesakit mengambil ubat-ubatan bagi pengurangan kolesterol, dan sama ada rawatan alternatif atau perubahan gaya hidup disarankan untuk mengurangkan risiko serangan jantung.

Pengimbas CT 640-Hirisan Memeriksa Pesakit Lebih Cepat Dengan Kadar Sinaran Yang Lebih Rendah
Pengimbas CT terpantas di dunia – pengimbas CT 640-Hirisan menawarkan teknologi perubatan terkini untuk kegunaan diagnostik yang terbaik,  di samping menggunakan radiasi 80% lebih rendah. Pengimbas CT memastikan visualisasi saluran dan struktur tisu adalah jelas supaya doktor dapat menentukan diagnosis yang tepat dengan jangka masa yang pendek. Pengimbas CT 640-Hirisan dapat menggambarkan seluruh jantung dengan mengambil masa hanya satu pertiga saat dan memerlukan satu putaran sahaja untuk menentukan keadaan seluruh jantung.

Pengimbas CT tersebut dapat menentukan keberadaan pengumpulan kalsium di dinding arteri dan struktur arteri. Pesakit boleh memulakan terapi pencegahan jika mempunyai tahap kalsium yang tinggi di jantung, yang jika diabaikan, boleh menyebabkan pengumpulan yang semakin meningkat dan akhirnya menyumbang kepada serangan jantung atau penyempitan pada dinding arteri yang ketara. Dalam kes-kes tersebut, pesakit boleh mendapatkan rawatan intervensi seperti ‘Angioplasty’ atau pembedahan pintasan jantung (bypass surgery).

Click here for Chinese Version or English Version

30%
Off Heart Screening

Appointment
close slider
Appointment

Appointment Detail

State your concern or message.

Personal Information

We'll contact you to set up an appointment and confirmation.