Risau Tentang Tangan Berpeluh?

Berpeluh ataupun keringat merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang manusia. Namun, bagi sesetengah kalangan masyarakat yang berpeluh secara berlebihan, keadaan ini dikenali sebagai hiperhidrosis, di mana ia mungkin hanya terjadi pada telapak tangan (Palmar Hyperhidrosis). Peluh berlebihan di telapak tangan yang tidak terkawal ini boleh menyebabkan tekanan psikologi yang teruk. Punca keadaan ini berkaitan dengan aktiviti berlebihan dalam Sistem Saraf Simpatik.

Walaupun keadaan ini tidak mengancam nyawa, keadaan berpeluh berlebihan yang tidak terkawal boleh menyebabkan anda mengalami gangguan psikologi, sosial dan / atau profesional.

Keadaan peluh berlebihan paling kerap berlaku pada tangan, muka, kaki dan ketiak. Orang dewasa muda yang menghadapi keadaan ini seringkali bermula pada peringkat usia remaja. Punca sebenar tidak diketahui tetapi ia berkaitan dengan aktiviti berlebihan dalam Sistem Saraf Simpatik, dan kemungkinannya ada kecenderungan genetik. Kes yang paling biasa merupakan peluh berlebihan di telapak tangan. Mereka yang menghalami masalah ini akan menghadapi kesukaran apabila mengendalikan peralatan elektronik dan terpaksa mengelak berjabat tangan dengan orang lain.

Gejala
Peluh di telapak tangan dikawal oleh saraf simpatik yang terletak pada tahap ketiga dan keempat vertebra toraks. Apabila saraf tersebut terlalu aktif, telapak tangan akan berpeluh secara berlebihan. Gejala hiperhidrosis adalah seperti berikut:
– Berpeluh berterusan pada tangan, kaki dan ketiak
– Berpeluh disebabkan oleh tekanan emosi
– Berpeluh tanpa alasan yang jelas
– Berpeluh berhenti semasa tidur

Masalah  yang disebabkan oleh Hyperhidrosis
Hyperhidrosis tidak akan menjejaskan kesihatan anda tetapi akan menyebabkan tekanan psikologi, sosial dan profesional yang teruk:
– Masalah Psikologi: merasa malu dengan bau badan dan kasut berbau
– Masalah Profesional: Kerjaya sebagai juruelektrik, pembuat roti, juru solek, tukang masak dan pendandan rambut mungkin terjejas
oleh telapak tangan yang berpeluh
– Masalah Sosial: mengelakkan berjabat tangan dan hubungan fizikal

Penyelesaian Kekal
Terdapat pelbagai kaedah yang tidak melibatkan pembedahan seperti penggunaan ubat-ubatan, antiperspirant, iontophoresis (penggunaan tenaga elektrik arus terus ke tangan) dan suntikan Botulinum Toxin (Botulinum Toxin Type A). Di Pusat Perubatan iHEAL, Endoscopy Thoracic Sympathicotomy (ETS)  adalah sesuatu proses yang menggunakan klip titanium untuk mengurangkan risiko komplikasi dan parut juga sukar dilihat. Prosedur ini hanya mengambil masa 15 minit. Keadaan pesakit yang menghadapi ketiak berpeluh dan pesakit yang menghadapi kaki berpeluh bertambah baik selepas menjalani pembedahan ETS ini.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi 03-22877398 / 016-2307398

Please click here for English Version & Chinese Version.

30%
Off Heart Screening

Appointment
close slider
Appointment

Appointment Detail

State your concern or message.

Personal Information

We'll contact you to set up an appointment and confirmation.